Friday 29 July 2011

Alphabeticalal For Success

A: Accept
          Pertama, terimalah diri anda sebagaimana adanya. Bersyukur dengan apa yang anda ada   dan jangan pernah cuba membandingkan diri dengan orang lain!.

B: Believe
        Percayalah terhadap kemampuan diri untuk meraih apa yang diinginkan dalam hidup.

C: Care
        Sayangi diri dan hargai diri sendiri melebihi segala yang ada di dunia ini.

D: Direct
        Sentiasa arahkan fikiran kamu tu pada hal-hal yang positif yang bakal meningkatkan  
        rasa percaya diri.

E: Earn
        Tak kiralah apa jua penghargaan atau kritikan yang diterima, terimalah dengan hati terbuka dan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik.

F: Face
       Pastikan muka tu sentiasa ceria walaupun seribu masalah yang melanda. Wajah yang                       ceria mampu mengurangi stres tau!

G: Go
     Jangan takut untuk membuat perubahan dan tegakkan keadilan

H: Housework
     Luangkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah kerana ia bakal mengasah kreativiti.  Ada kalanya juga mmpu mengurangkan stres.

I : Ignore
     Jangan pedulikan orang sekeliling yang dengki dan tak senang melihat kejayaan kamu.

J: Jealousy
    Buang rasa cemburu. Ia hanya membuatkan seseorang itu tak menghargai kelebihan diri   sendiri!

K: Keep
     Terus berusaha walaupun sering  kali gagal.

L: Learn
     Setiap orang membuat kesalahan. Biasalah tu. Jadi, Belajar daripada setiap kesalahan itu dan elakkan daripada mengulangi kesalahan yang sama.

M: Mind
      Belajar mengawal fikiran sendiri daripada terpengaruh dengan perkara negatif dan amalkan sikap berfikiran terbuka Terimalah pendapat orang lain kalau ia untuk kebaikan

N: Never
     Jangan sesekali terlibat dengan perkara yang menjatuhkan maruah diri sendiri dan keluarga.

P: Patience
     Belajar bersabar kerana ia adalah kekuatan jiwa yang tak ternilai dan bakal membuatkan anda terus berusaha

O: Observe
     Amatilah segala hal di sekeliling anda. Perhatikan, dengarkan dan belajar daripada orang lain.

Q: Question
     Pertanyaan perlu untuk mencari jawapan yang benar dan menambah ilmu pengetahuan.

R: Respect
     Hargai diri sendiri dan juga orang sekeliling anda.

S: Self Confidence, Self Esteem, Self Respert
    Percaya diri , harga diri, citra diri, penghormatan diri menjadikan manusia lebih kuat walau apa pun terjadi.

T: Take
Bertanggungjawab pada setiap apa yang dilakukan.

U: Understand
     Fahamilah dan terima kenyataan hidup ini ada masa turun dan naik. Tapi jangan sesekali menyerah kalah.

V: Value
     Setiap orang ada nilai harga diri , jadi hormatinya. Jangan sesekali memalukan diri sendiri dan juga orang lain.

W: Work
      Kalau anda seorang pelajar, jadilah pelajar yang cemerlang dan sebagai orang yang pekerja, jadilah pekerja yang hebat juga.

X: X'Tra
     Berusaha dengan lebih gigih bakal membawa kejayaan yang luar biasa. Kalau usaha yang 50-50 , maka hasilnay sendiri mau ingat lah kan?

Y: You
     Kamu... Makhluk yang unik dan sangat sempurna. Jadi jangan disiakan hidup yang indah ini.

Z: Zero
     Kalau usaha zero bermakna hasilnya zero juga. Jadi, Janganlah jadi Mat Jenin ya. Be     rasional.


LinkWithin

next next